Popular Posts

Friday, April 8, 2011

PENERAPAN NILAI MURNI

Pelajaran nilai yang berlandaskan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan,telah wujud lama sebelum pelajaran formal bermula di negara ini. Sebahagian besar pelajar di Malaysia telah melalui proses pengajaran dan pembelajaran akademik serta kokurikulum seterusnya berpeluang memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu; termasuklah pendidikan moral, kerohanian, emosi, social dan jasmani. Ini bermakna sekiranya pelajar-pelajar yang melalui proses pendidikan di sekolah dengan berkesan dan terdidik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial maka apa yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

Pelajar-pelajar sekolah menengah masa kini sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni di dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka telah pun mempelajari pendidikan nilai secara formal dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan seterusnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), juga melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pengajaran nilai juga diserapkan melalui semua matapelajaran di sekolah dengan konsep nilai merentasi kurikulum (Ambigapathi, 1999). Penyerapan nilai murni juga
dibuat melalui aktiviti pembelajaran dan gerakerja kokurikulum serta melalui kurikulum tersembunyi.
Berdasarkan ajaran agama di Malaysia jelas menggariskan nilai-nilai suci yang murni untuk diamalkan dengan penuh kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun begitu berdasarkan peningkatan data peratus keruntuhan moral dan akhlak di kalangan pelajar sekolah di Malaysia hari ini; menggambarkan seolah-olah pendidikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang diterima kurang diserapkan dengan nilai-nilai murni walaupun telah sedia ada dalam ajaran agama mereka.

No comments:

Post a Comment