Popular Posts

Friday, April 8, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
 Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.
 kemahiran kritis
    Kwmahiran Berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
 kemahiran  kreatif
Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea,
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora,

No comments:

Post a Comment